AL-ARQAM
Gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad, iaitu Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah. Gerakan ini telah berkembang ajarannya di setiap lapisan masyarakat islam di seluruh Malaysia serta beberapa negara luar antaranya, Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Australia, Mesir, Jordan, UAE, Uzbekistan, China, dan banyak lagi negara lain. Gerakan ini menjadi buah mulut sebilangan masyarakat kerana mereka percaya bahawa gerakan ini merupakan sebuah badan dakwah yang berpengaruh tinggi sebelum di anggap sesat sekaligus diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Metod penyebaran dakwah mereka adalah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, kebudayaan, multimedia dan pertanian.
Akibat jangkitan paru-paru, pengasas Gerakan Dakwah Jemaah Darul
Al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad telah disahkan meninggal dunia di Hospital
Ipoh pada 13 Mei 2010 dan telah disemadikan di Kampung Pilin, Rembau, Negara
Sembilan.
SEJARAH PENUBUHAN
JEMAAH TERTINGGI
Berikut merupakan jemaah tertinggi Darul Al-Arqam yang menjadi batu loncatan kepada penyebaran luas pertubuhan Al-Arqam selama 26
tahun dari 1968 hingga 1994.
1. Ustaz Ashaari Muhammad - Pengasas / Syeikhul Arqam
2. Ustaz Haji Abdul Halim Abbas - Timbalan Syeikhul Arqam
3. Akhbar Anang - Bekas Timbalan Ustaz Ashaari
4. Ustaz Mohktar Yaakob - Bekas Timbalan Ustaz Ashaari
5. Zabidi Mohamed - Penasihat undang-undang Al-Arqam II
6. Haji Hassan Mokhtar - Setiusaha Majlis Syuyukh
7. Khairil Anuar Ujang - Penasihat Undang-undang Al-Arqam I
8. Shuib Sulaiman - Mudir Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa
Al-Arqam
9. Ibrahim Mohamad - Mudir Syukbah Mal (Kewangan) Al-Arqam
10. Jailani Jasmani - Mudir Syukbah Sains Dan Teknologi
11. Khadijah Aam - Isteri Ustaz Ashaari
12. Khadijah Din
13. Pak Salleh Abu Bakar
14. Ustaz Yusof Din - Timbalan Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa
Al-Arqam
15. Syeikh Rahim Syeikh Ahmad - Ketua Setiausaha Jemaah
16. Fakrurazi Haji Ashaari - Anak sulung Ustaz Ashaari
17. Nizamudin Haji Ashaari - Anak Ustaz Ashaari.
18. Hashim Ahmad
19. Hashim Jaafar
20. Sobri Abdul Ghani
21. Mohd Nasib Zawawi
22. Ustazah Hasnah - Isteri Ustaz Ashaari
23. Hamim Rahmat - Bekas Timbalan Ustaz Ashaari
24. Pahrol Mohamad Juoi
25. Dr Mansor Mohd Noor
26. Abdul Aziz Ismail
Comments
Post a Comment