PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Agama islam merupakan sebuah agama yang syumul di mana selain daripada memberi penekanan terhadap urusan-urusan akhirat, ia juga menekankan urusan-urusan keduniaan yang merangkumi setiap sudut kehidupan manusia. Matlamatnya adalah untuk menjadikan manusia hidup dengan berlandaskan cara hidup islam yang benar. Apabila seluruh lapisan masyarakat dan individu mengamalkan kepercayaan yang dibawa oleh Rasulullah ia pasti akan melahirkan generasi yang dapat menyekat penggugat akidah dariapada terus tersebar. 


    Bagi memastikan agama islam sebuah agama yang unggul di mata dunia, setiap individu tidak mesti tidak haruslah melalui sebuah sistem pendidikan yang berteraskan ajaran Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana, untuk membentuk peribadi muslim yang teratur sama ada dalam perkembangan rohani, emosi, intelek, jasmani dan sosial disamping memenuhi segala tuntutan sebagai seorang khalifah di muka bumi.

 Firman Allah SWT :

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
                                                                                                    (Surah Al-Fatihah : 6-7)

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah S.W.T murka terhadap orang yang mengamalkan ajaran yang menggugat akidah atau dipanggil sebagai ajaran sesat. 

Menurut Kamus Dewan perkataan "ajaran sesat" bermaksud ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama islam (Kamus Dewan 2007).

Menurut Panel Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran sesat bermaksud amalan yang didukung oleh orang-orang islam atau bukan islam dan mendakwa tidak bertentangan dengan dasar-dasar islam tetapi hakikatnya amalan tersebut adalah bercanggah dengan akidah dan syariah islam.


Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, ajaran sesat bermaksud amalan yang didukung oleh orang-orang islam atau bukan islam dan mendakwa tidak bertentangan dengan dasar-dasar islam tetapi hakikatnya amalan tersebut adalah bersalahan dengan Al-Quran, As-Sunnah serta mazhab yang muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Berdasarkan definisi yang dikemukakan dan bersesuaian dengan situasi di Malaysia, ajaran sesat bertentangan dengan sumber utama islam iaitu Al-Quran , As-Sunnah, ijmak dan qias serta pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah, syariat dan akhlak.


OBJEKTIF


Berdasarkan keperluan semasa serta kepentingan agama dan negara, objektif utama yang ditetapkan adalah seperti berikut : 

1. Mengkaji sejarah kemunculan Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam.
2. Mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat tentang ajaran sesat di Malaysia.
3. Membendung ideologi yang boleh menggugat akidah masyarakat islam di Malaysia.

4. Menyatakan pendirian islam sebagai agama yang sebenar.




PERNYATAAN MASALAH

1. Penyelidikan dalam bidang ini tidak banyak dijalankan

    Penyelidikan ini tidak banyak dijalankan kerana masyarakat menganggap masalah ini adalah sepenuhnya tanggungjawab jabatan bidang agama.

2. Merupakan isu sensitif oleh sesetengah pihak

    Isu ini dianggap sensitif oleh sesetengah pihak kerana melibatkan kepercayaan yang berbeza-beza.

3. Kekurangan sumber rujukan

    Tidak yakin untuk merujuk kepada pihak tertentu.


Al-Arqam : Kumpulan Difatwa Sesat

Comments

Popular posts from this blog

AL-ARQAM

PENGHARAMAN AL-ARQAM