Posts

PENGENALAN

Image
LATAR BELAKANG Agama islam merupakan sebuah agama yang syumul di mana selain daripada memberi penekanan terhadap urusan-urusan akhirat, ia juga menekankan urusan-urusan keduniaan yang merangkumi setiap sudut kehidupan manusia. Matlamatnya adalah untuk menjadikan manusia hidup dengan berlandaskan cara hidup islam yang benar. Apabila seluruh lapisan masyarakat dan individu mengamalkan kepercayaan yang dibawa oleh Rasulullah ia pasti akan melahirkan generasi yang dapat menyekat penggugat akidah dariapada terus tersebar.      Bagi memastikan agama islam sebuah agama yang unggul di mata dunia, setiap individu tidak mesti tidak haruslah melalui sebuah sistem pendidikan yang berteraskan ajaran Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Hal ini k erana, untuk membentuk peribadi muslim yang teratur sama ada dalam perkembangan rohani, emosi, intel ek, jasmani dan sosial disamping memenuhi segala tuntutan sebagai seorang khalifah di muka bumi.  Firman Allah SWT : ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ...

AL-ARQAM

Image
Gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad, iaitu Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah. Gerakan ini telah berkembang ajarannya di setiap lapisan masyarakat islam di seluruh Malaysia serta beberapa negara luar antaranya, Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Australia, Mesir, Jordan, UAE, Uzbekistan, China, dan banyak lagi negara lain. Gerakan ini menjadi buah mulut sebilangan masyarakat kerana mereka percaya bahawa gerakan ini merupakan sebuah badan dakwah yang berpengaruh tinggi sebelum di anggap sesat sekaligus diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Metod penyebaran dakwah mereka adalah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, kebudayaan, multimedia dan pertanian. Akibat jangkitan paru-paru, pengasas Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad telah disahkan meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 dan telah disema...

PENYEBARAN PENGARUH

Image
 Pertumbuhan ekonomi serta penyebaran pengaruh memanglah suatu perkara yang positif. Tetapi ia bukanlah kayu ukur keberhasilan dan pencapaian organisasi dakwah tertentu. Memang tidak dinafikan faktor kewangan antara sumber utama untuk kemenjadian sesuatu gerakan, namun banyak lagi aspek lain yang boleh diambil kira seperti keagamaan, kepimpinan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lain-lain. Al-Arqam telah membangunkan di perkampungannya 52 buah kedai runcit, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat serta 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Mereka juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.      Al-Arqam membuat keputusan yang drastik pada tahun 1993 dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Al-Arqam Group of Companies (AGC) merupakan langkah pertama dan telah menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Nama Al-Arqam International Centre (AIC) diberi setelah pusat hubungan ...

PENGHARAMAN AL-ARQAM

Image
 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat menghidu bahawa ada penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pengasas Al-Arqam, kerajaan telah mengambil langkah pertama dengan mengharamkan pengeluaran buku "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam" pada tahun 1986. Sebagai pencerahan terhadap kes ini, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri mengambil inisiatif dengan menerbitkan buku "Penjelasan Terhadap Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam" pada 6 November 1986. Di Timur Tengah, berlaku penangkapan 19 orang anggota Al-Arqam oleh Pihak Keselamatan Mesir pada 14 April 1994 yang sedang menjalankan aktivitinya yang mana ketika itu mereka sedang membuat persembahan haram memperkenalkan Al-Arqam di Taman Antarabangsa Madinet Nasr, Kaherah. Pihak Keselamatan Mesir menganggap Al-Arqam melampaui batas.  Gerakan ini tidak lagi wujud dan telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi disambung oleh kumpulan Rufaqa' yang k...

KESIMPULAN

Image
  Tuntasnya, selagi akidah islam tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam kehidupan manusia,selagi itulah dia tidak akan membawa sebarang pengaruh penting dalam kehidupan individu dan masyarakat mahupun antarabangsa. Sememangnya, akidah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu-satunya akidah dan pegangan yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W selamat daripada api neraka. Sebagai generasi baru, akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan rasmi institusi dan masyarakat islam di Malaysia perlu bersama-sama kita pertahankan. Jika ajaran, fahaman, pegangan atau ideologi yang bercanggah serta menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Agama atau Pejabat Mufti Negeri-Negeri seluruh Malaysia perlu dijauhkan mengelakkan ajaran sesat tersebar luas. Ajaran dan fahaman baru dilihat mengelirukan perlulah dirujuk pada Majlis Fatwa Kebangsaan, Pejabat Mufti Negeri alim ulamak bertauliah serta institusi islam yang bertanggungjawab. Ringkasnya, ...