PENYEBARAN PENGARUH
Pertumbuhan ekonomi serta penyebaran pengaruh memanglah suatu perkara yang positif. Tetapi ia bukanlah kayu ukur keberhasilan dan pencapaian organisasi dakwah tertentu. Memang tidak dinafikan faktor kewangan antara sumber utama untuk kemenjadian sesuatu gerakan, namun banyak lagi aspek lain yang boleh diambil kira seperti keagamaan, kepimpinan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lain-lain. Al-Arqam telah membangunkan di perkampungannya 52 buah kedai runcit, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat serta 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Mereka juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.
Al-Arqam membuat keputusan yang drastik pada tahun 1993 dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Al-Arqam Group of Companies (AGC) merupakan langkah pertama dan telah menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Nama Al-Arqam International Centre (AIC) diberi setelah pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dibuka. Pada tahun inilah Asya'ari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.
KRISIS KEPIMPINAN
Gerakan Al-Arqam telah bermula krisis kepimpinan pada tahun 1979. Hal ini menjadi gawat telah berlakunya pemecatan tanpa alasan terhadap 6 orang jemaah tertinggi termasuk Akbar Anang yang mana ketika itu Ketua Biro Ekonomi Al-Arqam. Akbar Anang mendakwa bahawa beliau dipecat atas sebab beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam. Namun berbeza pula menurut Ustaz Asya'ari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau mempunyai muslihat membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan pengasas Al-Arqam itu sendiri daripada tampuk kepimpinan.
Akbar Anang tidak berpuas hati dan memberontak sekaligus mendedahkan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke Pusat Islam pada tahun 1979. Pengasas Al-Arqam berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas. Walaubagaimanapun, gerakan ini terus menjalankan aktivitinya dan melantik Ustaz Mokhtar Yaakub (M.A. Universiti Al-Azhar) yang masih baru sebagai Timbalan Syeikhul Arqam dan menyebabkan isu Akbar Anang terus dilupakan.
Sekitar Jun 1986, bangkit isu yang sama dimana Timbalan Syeikhul Arqam Ustaz Mokhtar Yaakub jemaah tertinggi lain mengisytiharkan keluar dari Al-Arqam. Isu kali kedua ini menjadi hangat dalam akhbar tempatan.
Comments
Post a Comment